Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Mac 21, 2009

HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,HUTANG UMNO DI BAWA MATI




Hutang UMNO!!!

Malam tadi dalam dok sibuk buat posting bab Ali Rustam jawab merapu tu,, berita TV3 lepas tu ia siar pulak kenyataan seumpama rayuan dari peguam Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004 yang bernilai RM218 juta.

Aku pun tak sempat nak dengar habis, cuma yang aku dok dengak si peguam ni kata mereka juga bekal air mineral ke Sabah & Sarawak dengan menggunakan helikopter, walaupun mahkamah rayuan dan meluluskan permintaan UMNO untuk mengetepikan perintah Mahkamah tinggi atas arahan membayar hutang tersebut, peguam tu mencadangkan rundingan diluar mahkamah. Habis bab tu, TV3 pi tanya simangkok hayun SU UMNO Tengku Adnan, huh dengan penuh eksyen mamat tu menjawab No…tak ada rundingan, kalau tak puas hati jumpa kat mahkamah, UMNO dah 52 tahun memerintah, kami telah berkhidmat kepada rakyat, mana aka kami berhutang sebanyak tu, tak ada bil, mana bukti UMNo berhutang, dan macam-macam lagi yang cukup menyakitkan telinga aku…

Pagi ni aku cuba cari dalam semua akhbar.. tak satu pun yang siar, tak tau apa pasal.. cuma aku kesian juga tengok syarikat tu teraniya,, tetapi kekadang tu terfikir juga, padan muka hang, baru hang tau siapa itu UMNO Celaka, itulah ingat nak kaya cepat, pi lagi berurusan dengan UMNO !!!, nak bawa balik pi naik mahkamah, urhh tunggu la 3-4 tahun lagi, kena mau ingat beb Ketua Hakin Negara tu pun bekas Penasihat Undang-undang UMNO, lu mau cerita apa…rugila RM218 juta, aku ingat lawyer tu turun mai kempen kat Bukit Gantang pun baguih, bagi tau kat orang Bukit Gantang yang UMNO Celaka ni liat nak bayaq hutang, kaki kencing kat orang…

SUMBER: MANJUNG MARI

1 ulasan:

  1. Patut la no..2004 menang besar,hutang pun besar!218 juta..mak hang mak aku oiii..!
    Tapi tok MAjip kata dulu tu cuma projek mee segera saja.bagi depa 218 juta ringgit taik kuku kot no..
    saja dia tak bayaq la tu..duet dia orang 5 billion ke 60 billion ke,jentek jari jer dah mai berbakul..caya aku.!
    pd pendapat aku, pengajaran dari peristiwa ini ialah:kita org miskin ni klu nak berurusan ke, nak meminjam ke, nak berniaga ke dg org kaya yg berkuasa ni, jaga-jaga lah sikit no..perangai depa kadang-kadang macam ALONG tau!.
    ..ALONG TU PEMINJAM WANG HARAM..!PUKOI,BUNUH ORG HARAM TAK SALAH..!
    ..***1,PENIPU DEGIL..DAH PAKAI ORANG TAK NAK BAYAQ..!

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive