Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Mac 24, 2009

FRU SEMBUR GAS PEDIH DI SP PULAK

SUNGAI PETANI: Ceramah Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim di Sungai Petani Kedah terpaksa dihentikan apabila FRU merempuh dan melepaskan gas pemedih mata. Ceramah mulanya dijadualkan diadakan di padang awam Taman Ria.

Bagaimanapun, sebelum ceramah bermula, kira-kira enam trak FRU dengan meriam penyembur telah memenuhi kawasan padang tersebut menyebabkan ceramah terpaksa dipindahkan ke bilik gerakan KeADILan yang berdekatan.

Sebaik Anwar memulakan ceramah pada jam 9.45 malam, FRU mula menyemburkan gas pemedih mata kearah orang ramai yang berkumpul di kawasan berhampiran.

Menurut saksi, baru lima minit Anwar berucap, polis melepaskan gas pemedih mata secara rambang tanpa amaran. Keadaan menjadi sangat tegang. Beberapa penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat tempatan dilaporkan ditangkap.

Kira-kira 200 orang polis dan anggota FRU terlibat dalam operasi itu.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive