Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 05, 2009

PULANG KUASA KEPADA RAKYAT

Pulangkan kuasa kepada rakyat, biar rakyat yang menentukan siapa yang layak memerintah Perak. Itulah luahan seorang tukang kebun ketika ditemui di luar sebuah bangunan berhampiran bandaraya Ipoh sebentar tadi.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Dolah dengan sinis mengatakan,beliau 'suspect'BN tidak berani menghadapi pilihanraya kerana itu mereka tidak segan dan malu mencuri adun secara terang-terang. "Kalau gentlemen buat pilihanraya,biar rakyat tentukan,rakyat boleh ajar mereka tentang politik ",katanya." Ada berani?",sambungnya sambil tersenyum. Beliau turut menyelar cara BN yang terdesak untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat.

"Sekarang dah macam 50-50,baik bubar saja DUN kita buat pilihanraya, baru pakcik puashati",makin rancak Pak Dolah berhujah.

Betul juga apa yang Pak Dolah katakan.Dia seorang tukang kebun pun boleh berfikir sedemikian. Takkan kita yang pandai-pandai tak boleh.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive