Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 08, 2009

KARPAL SILA BUAT UNDI TAK PERCAYA KEPADA ANWAR

Timbalan Presiden PKR persoal telatah Karpal
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB



PETALING JAYA: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, Karpal Singh harus mengemukakan undi tidak percaya terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika tidak mahu Anwar terus memimpin pakatan itu.


Syed Husin berkata, sebagai seorang ahli Majlis Tertinggi Pakatan, Pengerusi Kebangaan DAP itu mesti mengemukakan cadangan atau undi tidak percaya dalam majlis tersebut jika beliau mahu Anwar berhenti daripada memimpinnya.


"Beliau tidak harus bertindak begini. Beliau sepatutnya mengemukakan cadangan atau undi tidak percaya dalam Majlis Tertinggi terhadap Anwar tapi malangnya beliau jarang menghadiri mesyuarat yang kita adakan," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal hari ini yang menggesa Anwar supaya berhenti daripada memimpin Pakatan.


Karpal mendakwa, Anwar yang juga Penasihat PKR telah mencetuskan budaya melompat parti selain menjejaskan 'keharmonian' dalam Pakatan Rakyat.


Mengulas lanjut, Syed Husin berkata, beliau percaya Karpal berasa marah terhadap keputusan Pakatan berhubung tindakan undang-undang yang patut diambil mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak Khamis lalu.


Katanya, Pakatan dalam mesyuarat Jumaat lalu memutuskan untuk melantik panel peguam bagi memikirkan pelbagai tindakan yang wajar diambil berhubung perkara itu dan pada masa yang sama tidak menyekat Karpal yang bercadang untuk menyaman Sultan Perak.


"Pakatan tidak sekat Karpal tapi Pakatan secara sebulat suara setuju supaya panel peguam dibentuk untuk memikirkan langkah-langkah yang boleh diambil.


"Apa yang dinyatakan oleh Anwar adalah keputusan Majlis Tertinggi Pakatan, bukan keputusan beliau sendiri. Jadi, beliau tidak boleh dipersalahkan.


"Dalam hal ini saya rasa, beliau merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Dalam kenyataannya itu, beliau bukan hanya menyalahkan Anwar malah turut kecewa dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) yang tidak menyokong tindakannya itu ," katanya.


Husin berkata, beliau kadangkala tertanya-tanya sendiri apabila melihatkan tindakan yang dilakukan Karpal sejak akhir-akhir ini.


"Bila melihat kenyataan dan telatah beliau sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai hal itu.


Syed Husin berkata, beliau percaya Anwar akan menghubungi Karpal dalam masa terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar dan menyelesaikan isu ini.

MSTAR

2 ulasan:

  1. Salam,

    Thanks for the link. Cuma saya bukan blogger politics yang tegar seperti anda semua. Hanya rakyat biasa menumpang tempat untuk melepaskan geram kepada kerajaan sekarang yang dah melampau-lampau cuba memperbodohkan insan-insan bijak seperti saya dan anda semua hihihi.

    Anyway, setuju, saya pun terfikir, apa sebenarnya motif si Karpal tu? It's like he's delusional... mcm tinggal dalam dunia sendiri, syok sendiri lagi.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama9/2/09 3:08 PG

    Kalau macm tu sama la dgn saya, rakyat biasa yang tertelan arsenik di perkarangan Masjid Negara era reformasi tahun 1998 dulu...sempat bersalam dengan DSAI waktu tu..kita sama menyokong perjuangan membenteras ketidakadilan yang berleluasa dalam setiap ruanglingkup kehidupan rakyat marhain.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive