Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 01, 2009

KAMI ADA STRATEGI

“Kami sudah atur strategi dan akan umumkan tidak lama lagi.” - Nizar

IPOH -Kerajaan negeri Pakatan rakyat di Perak mempunyai strategi tersendiri untuk menangani kemungkinan UMNO sudah mengumpan dua ahli EXCO parti keadilan rakyat yang mengadapi tuduhan rasuah.

Ketika di tanya kemungkinan Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk diadakan pilihanraya negeri, Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata pihaknya sudah mengatur strateji dan akan mengumumkannya pada waktu yang sesuai.

Beliau berkata sehingga sekarang ADUN PKR Behrang Jamaluddin Mat Radzi and Osman Jailu, wakil rakyat Changkat Jering belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai spekulasi mereka menyertai BN.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 kerusi di Dewan Undangan nengeri berbanding 27 untuk BN.

Jika UMNO berjaya memancing dua ADUN PKR itu, BN akan mempunyai 29 kerusi, kurang satu berbanding Pakatan Rakyat.

Nizar berkata UMNO sedang menggunakan “strateji jahat” untuk cuba menggulingkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Dipercayai dua ADUN PKR itu ditawarkan gula-gula politik termasuk akan dilepaskan daripada tuduhan rasuah jika mereka menyertai BN. Perbicaraan mereka bermula pada 10 Febuari ini.

Jamaluddin dan Osman dituduh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sebagai menerima sogokan berhubung sebuah projek perumahan di Bandar Seri Iskandar.

Mereka mengaku tidak bersalah dan mendakwa tuduhan itu mempunyai motif politik untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Nizar hari ini berkata dua EXCO itu telah “lenyap atau disembunyikan’ oleh UMNO dan Barisan Nasional.

“Kali terakhir kita berhubung ialah pada mesyuarat EXCO 22 Januari lalu,” Datuk Seri Nizar memberitahu sidang akhbar di Perak selepas bermesyuarat dengan semua wakil Pakatan Rakyat Perak di kediaman rasmi Menteri Besar.

“Pada mesyuarat itu, mereka tidak memperlihatkan sebarang tanda-tanda bermasalah mengenai sesuatu, semuanya seperti biasa,” Nizar berkata.

Keluarga Jamaluddin dan Osman juga memberitahu mereka tidak dapat menghubungi dua EXCO itu setakat ini.

Nizar berkata pihaknya akan menimbang membuat laporan polis tentang ketiadaan dua ADUN selepas berbincang dengan keluarga mereka.

http://perakexpress.com/www/?p=870
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive