Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Januari 20, 2009

ALI RUSTAM HAIRAN ORANG LEBIH PERCAYA PADA PAS


BN mungkin menang jika pengundi luar balik - Ali

19 Jan 2009 10:29AM
MELAKA: Barisan Nasional (BN) mungkin mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu sekiranya semua pengundi kawasan tersebut yang tinggal di luar, pulang pada hari pembuangan undi semalam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, faktor tersebut menjadi antara penyebab kekalahan BN kepada Pas dengan majoriti 2,631 undi.

Beliau berkata, pada pilihan raya kecil kali ini, peratusan yang keluar mengundi hanya 79 peratus sahaja berbanding 83 peratus pada 2004.

"Ini bermakna, pengundi berkurangan sebanyak empat peratus, iaitu kira-kira 3,000 pengundi dan kalau semua ini penyokong BN, tentu kita akan menang," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Ambulans Kecemasan 24 Jam St. John Ambulans Malaysia cawangan Melaka di sini hari ini.

Jumlah keluar mengundi ialah 63,993 pengundi atau 79.9 peratus daripada 80,229 pengundi berdaftar.

Ia jauh lebih rendah berbanding pilihan raya umum pada 8 Mac tahun lalu yang menyaksikan 82.45 peratus atau 66,231 orang keluar mengundi.

Mohd. Ali menambah, faktor lain yang menjadi punca kekalahan ialah BN terlalu bermurah hati dengan melaksanakan pelbagai pembangunan di negeri itu.

"Pas sebenarnya mahukan pembangunan tetapi mereka suruh orang BN yang buat dan nampaknya pembangunan bukan lagi menjadi perkara terbaik perlu dilakukan BN," katanya. (tau xpe...)

Dalam nada menyindir Mohd. Ali berkata, BN juga perlu menjadi seperti Pas yang suka menabur janji-janji kosong setiap kali pilihan raya kecil diadakan asalkan mengundi parti itu boleh masuk syurga.

"Saya hairan, mengapa mereka percaya pada Pas yang tidak buat apa-apa kerja tapi menjanjikan syurga dan menolak BN yang banyak membuat pembangunan di sana," katanya. / Utusan

2 ulasan:

  1. PARA PEMERHATI DAN PENGANALISA POLITIK NEGARA INI LAGI BERTAMBAH HAIRAN BILA PEMIMPIN2 UMNO MASIH TIDAK MAHU MANGAKU AKAN ERTI KEKALAHAN. LAGI LAGI LAGI AKAN BERTMABAH HAIRAN BILA NANTI MELAKA PULAK JATUH KETANGAN PR...???????
    KUBU KUAT SELATAN YG KINI SEMAKIN GOYANGNNGGGGG

    BalasPadam
  2. MELAKA DGN JOHOR SUSAH NAK CUCI KARAT BEB...HARAP GOLONGAN MUDA SAJA....KALAU N9 PRU13 INSYAALLAH JADI GENG PR.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive