Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Oktober 13, 2008

Adakah harga barang-barang akan turut turun, jika kerajaan perturunkan harga minyak kepada RM1.92/ltr?




oleh SuKJ

Kebijaksanaan dan kesabaran adalah 2 elemen penting untuk menjadikan seseorang itu sebagai Pemimpin yang berwibawa untuk memimpin sesebuah negara.

Pemimpin yang bijaksana bukan memikirkan apa akan berlaku pada hari ini, tetapi beliau berfikir dan nampak apa yang akan berlaku untuk tempoh 3 ke 5 bulan yang akan datang?

Disitulah terletaknya perbezaan yang amat ketara diantara pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan Pakatan Rakyat(PR). Dimana pemimpin-pemimpin UMNO hanya memikir apa yang akan berlaku hari ini. Sedangkan Pemimpin PR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berfikir dan nampak apa akan berlaku pada hari esok, bulan depan dan tahun depan.

Sebenarnya kita tidak boleh menafikan apa yang telah dinyatakan oleh DSAI dalam debat 'isu minyak' bulan Julai lepas memang 'benar'. Beliau telah menyatakan bahawa jika PR dapat menubuhkan kerajaan, maka harga minyak akan diturunkan 0.70sen/ltr. Jadi sekarang adakah kenyataan DSAI itu hanya 'gimik', gula-gula atau 'benar'?

Pada masa debat tersebut dijalankan harga minyak dunia ketika itu mencecah tertinggi USD152/setong. Maka kerajaan BN yang dipimpin oleh 'Parti Reput'(UMNO) telah mempertahankan kenaikan 0.78sen/ltr yang menjadikan harga petrol RM2.70 adalah wajar.

Akibatnya harga barang-barang terus melambung dengan mendadak, semuanya menggunakan alasan harga minyak naik. Malah tukang gunting rambut yang tidak melibatkan petrol pun turut tumpang sekaki menaikan upah gunting rambut menjadikan RM6 ke RM7 satu kepala.

Persoalannya kenapa kerajaan BN/UMNO tidak sabar?

Bukankah selepas beberapa minggu sahaja selepas debat tersebut, harga minyak ternyata benar telah mula turun beransur-ansur seperti mana yang dijelaskan oleh DSAI. Malah pada hari ini 11.10.08 harganya tinggal USD77/setong.

Ketika harga minyak dunia USD140 ke USD152/setong, harga petrol yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia RM2.70/ltr. Jadi adakah munasabah untuk rakyat Malaysia membayar RM2.45/ltr seperti hari ini ketika harga minyak dunia kini cuma USD77/setong?

Adakah kita ibarat monyet atau kera yang menunggu buah kelapa jatuh, barulah harga minyak akan diturunkan RM1.92/ltr. Kenapa tidak turunkan kepada RM2.00/ltr terlebih dahulu supaya seiring dengan pergerakan turun harga minyak dunia.

Apa pun tindakan kerajaan BN yang diterajui oleh Pemimpin-pemimpin UMNO yang 'tidak sabar' telah benar-benar menzalimi rakyat Malaysia kerana kenaikan harga barang yang amat membebankan semua lapisan rakyat.

Malah kerana faktor 'tidak sabar' juga, akhirnya Pak Lah telah ditekan supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada Datuk Najib. Walhal ia sepatutnya dilakukan pada 2010.

Persoalan saya yang terakhir kepada Pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang bergelut siapa menang dan siapa kalah.."Adakah harga barang-barang akan turut turun, jika kerajaan perturunkan harga minyak kepada RM1.92/ltr"
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive