Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 12, 2008

Betul ke sudah pecah?

Isu seperti perpecahan melayu seringkali dimainkan oleh mereka yang ada agenda tersembunyi atau rancangan tertentu. Apatah lagi ianya timbul sebelum pilihanraya ataupun selepas pilihanraya apabila keputusan tidak memihak kepada mereka. Hakikatnya samada melayu ataupun lain-lain bangsa tidak ada perpecahan di kalangan mereka sebenarnya. Yang ada hanyalah perbezaan pendapat atau idealogi politik. Kalau tidak ada politik pun manusia tidak kira bangsa apa sekalipun semestinya mempunyai perbezaan baik dari segi pandangan ataupun pendapat. Bukan setakat di dalam bangsa, di dalam BN atau Umno atau MCA atau MIC atau PKR atau PAS terdapat juga perbezaan pandangan. Waima dalam kabinetpun terdapat perbezaan pendapat. Pendek kata di mana saja ada manusia berakal mesti ada perbezaan fikiran.Adakah itu perpecahan? Itu adalah lumrah kejadian. Jika semuanya hendak sama, itu dikira robot yang boleh diprogramkan segala aturcaranya.

Kalau kita lihat binatang contohnya lembu. Mereka tidak payah untuk berfikir pasal kenaikan harga minyak baru-baru ini. Mereka juga berbeza pendapat. Ada yang suka tidur di kandang yang sejuk,ada juga yang suka tidur di atas jalan di kampung-kampung, sebab haba daripada jalan tar memanaskan badan mereka. Tak ada pula mereka kata perpecahan di kalangan lembu. Sebab apa? sebab mereka tak boleh berkata-kata. Kita manusia ada mulut boleh berkata-kata sebab itu kita buat macam-macam cerita. Biaq pi la....
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive